Shahrul Ekamatra

Md Shahrulhadi bin Salilholdin@Salilhaldin atau lebih dikenali sebagai Shahrul Ekamatra dilahirkan pada (1972-06-12) 12 Jun 1972 (umurĀ 47) di Batu Pahat dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor. Beliau merupakan pemain gitar utama kumpulan Ekamatra yang mula menempa nama setelah menjuarai pertandingan Juara Rock Johor dan Juara Rock Johor Tengah sekitar tahun 1986 hingga tahun 1988. Beliau juga adalah abang kepada pemain gitar kedua kumpulan Ekamatra iaitu Md Nurulazman atau lebih dikenali sebagai Nurul.Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai darah seni, kehadiran Shahrul mengejutkan industri muzik tanah air kerana kebolehan luar biasa yang dimilikinya dalam bermain gitar terutamanya dalam lagu Pusara Di Lebuhraya biarpun usianya pada ketika itu cuma 16 tahun. Hal ini telah meletakkan beliau sebagai salah seorang gitaris terbaik yang ada di Malaysia pada masa kini sebaris dengan gitaris berbakat besar yang lain seperti Kid Search, Man Kidal, Along Exists, Shah Slam, Joe Wings dan lain-lain lagi.

Shahrul Ekamatra

Pekerjaan Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Nama lahir Md Shahrulhadi bin Salilholdin@Salilhaldin
Pengkarya berkait M. Nasir, Ekamatra
Instrumen Gitar Utama
Juga dikenali sebagai Shahrul, Shahrul Ekamatra
Kelahiran (1972-06-12) 12 Jun 1972 (umurĀ 47)
Batu Pahat, Johor
Genre Rock, Pop rock, Balada
Tahun aktif 1989 - sekarang